我的網誌清單

2011年1月25日 星期二

Ean : Tabung Khas Biayai Kajian Kurangkan Kadar Kematian Dalam Tahanan Pihak Berkuasa

www.tvsnews.net‧2011.01.15


SHAH ALAM 15 JAN : Kerajaan Negeri telah menubuhkan tabung khas untuk membiayai kajian mengurangkan kadar kematian dalam tahanan pihak berkuasa.
Kajian diharapkan mampu membantu Kerajaan Negeri mengusulkan garis panduan tertentu bagi memastikan kes mendiang Teoh Beng Hock tidak berulang. 
Exco Ean Yong Hian Wah menjelaskan sebanyak RM100 ribu untuk penubuhan tabung ini.
"Kerajaan negeri memperuntukkan 100 ribu untuk buat satu research untuk menolong mengurangkan kematian yang berlaku dalam tahanan. Ia di bawah bidang Dr Xavier Jayakumar, "
Sebelum ini, pekeliling Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melarang soal-siasat selepas waktu pejabat diterbalikkan oleh mahkamah selepas rayuan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.
Menangani perkara itu, Ean Yong berkata kerajaan negeri tidak berputus-asa mencari jalan untuk memastikan keselamatan mereka yang ditahan terpelihara.
"Kerajaan negeri juga akan sediakan bantuan, jika pembantu kita dipanggil siasat pihak polis atau SPRM," katanya.
Sejak mengambil-alih kerajaan Selangor pada Mac 2008, setiap wakil rakyat Pakatan Rakyat dan pembantu mereka terdedah kepada operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Selain dari Teoh Beng Hock, ramai lagi pembantu kepada exco dan pegawai yang mempunyai hubungan kepada Pakatan Rakyat ditahan untuk disoal-siasat atas pelbagai pertuduhan.
Sehingga ke hari ini, tiada pendakwaan dibuat terhadap mana-mana exco atau wakil rakyat terbabit.
"Kita telah menunjukkan contoh yang baru, bahawa ini kerajaan model yang menjadi harapan rakyat.Rakyat boleh yakin, bahawa kita mampu untuk mentadbir sebuah negeri, dan pada masa hadapan kita mampu bawa perubahan di malaysia ini,"katanya lagi.

沒有留言:

張貼留言